Pada 20 November yang lalu, saya bersama seorang
rakan saya bernama Crispin telah melawat ke sebuah restoran terkemuka di Kota
Padawan, iaitu Singapore Chicken Rice atau SCR, yang terletak di Giant
Supermarket, Cawangan Batu 10, Jalan Kuching Serian.
Kami
bertolak dari kampung pada jam 10.00 pagi dan sampai di lokasi jam 10.30 pagi. Pada
waktu itu, ramai yang berkunjung ke SCR untuk makan tengah hari, termasuk kami
berdua.
Banyak resipi istimewa yang terdapat di SCR, namun
rata-rata pengunjung menggemari menu pilihan saya iaitu Laksa Sarawak. Saya
memilih menu ini memandangkan menu ini merupakan salah satu menu yang paling
laris dijual di restoran yang dipilih.
Menurut pengurus restoran tersebut yang
dikenali sebagai Ahmad Ramli, salah satu menu yang paling awal habis adalah
Laksa Sarawak, selain Nasi Ayam. Menu ini bukan sahaja digemari oleh pengunjung
dari luar, namun penduduk tempatan sendiri turut menggemarinya. Ramuan yang
pelbagai dengan variasi yang menarik mampu membuat pengunjung ternanti-nanti
peluang untuk mengunjungi restoran ini.
Setelah
puas menjamu selera dan mengambil gambar, kami pun beredar dari situ, dan
berangkat pulang ke kampung semula. Dengan resipi yang enak dan pelbagai, kami berhasrat
untuk berkunjung semula ke restoran yang telah dilawati. Kami tiba di kampung
jam 1.30 petang.
Pintu Masuk Restoran SCR
Menu Pilihan (Laksa Sarawak)
Senarai Bahan:
a.)
Pes Laksa
b.)
Sambal Laksa
c.)
Udangd.)
Ayam
e.)
Bihun
f.)
Limau
g.)
Tauge
h.)
Telur Dadar
i.)
Daun Ketumbar
Cara - Cara:
a.) Rebus
dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk. Angkat dan carikkan.
b.) Dalam air rebusan yang sama
masukkan udang seketika. Angkat dan toskan.
c.) Air rebusan jgn buang, terus
masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
d.) Celukan Bihun dan Taugeh
e.) Goreng dadar telur. Kemudian
gulung dan hiris nipis-nipis.
f.) Tumis sambal laksa. Tambahkan
garam, gula dan perahan limau dan lemon.
Cara Menghidang:
1. Ambil
sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yang telah dicarik, telur dadar yang telah
dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah
laksa sarawak yang masih panas. Perah limau. Sedia untuk dimakan ketika
panas-panas.
Bersama ibu tersayang
No comments:
Post a Comment